Tuesday, March 29, 2011

Selamanya tetap awak...

Awak.....

Selamanya mungkin tetap saya akan menunggu awak,
segalanya saya terima tak kira apa yang akan terjadi,
menyakitkan atau menggembirakan, apa jua pengakhirannya saya tetap dengan pendirian ini. Awak, mungkin kita dah tak sama, mungkin juga dah kurang serasi, atau mungkin juga sudah pudar rasa di hati,
tapi percayalah mana mungkin bisa saya buang semua rasa ini...
Sukar saya nak tukar ganti apatah lagi membuang awak terus dari hidup saya...
biar orang kata "saya perempuan tak tau malu" tetap bagi saya tak mengapa...
asalkan hati saya tahu apa yang saya rasa nie tak salah, betulkan wak...
mencintai dan dicantai adalah hak seorang insan meski pun orang yang kita cintai tak pernah sekali pon menoleh ke arah kita... sengsaranya biar saya seorang yang rasa... 

~kesunyian itu terlalu indah walaupun perit untuk ditelan~
by ekamatra

Awak tau...saya sunyi sejak awak takde, siang dan malam saya sepi  tanpa awak,
saya merenung ke arah langit...
adakah awak juga ingatkan saya seperti mana saya ingatkan awak?
selalu saya bayangkan alangkah indahnya andai saya mampu putarkan masa,
perbetulkan segalanya...
tapi semuanya sudah terlambat...
jarak kita semakin jauh,
hinggakan bayang awak sekali pon tak mampu saya capai...

Tapi mengapa hati ni tak pernah jemu ingatkan awak, tak pernah bosan sayangkan awak...
Awak, pernah saya terlintas...andai mati itu indah saya rela wak...
tapi saya tak nak jadi hamba Allah yang jahil...
yang saya mampu hanya berserah...
DIA tarik cinta awak dari saya supaya saya palingkan cinta ni untuk DIA...
Itu lebih baik kan wak..

Awaakk, saya berserah pada takdir, jika awak betul untuk saya, saya doakan jodoh kita berpanjangan, dan jika awak bukan untuk saya, saya doakan awak tetap bahagia dan..
saya tumpang  gembira untuk awak...

Untuk awak yang saya sayang,
saya mintak maaf di atas segala yang terjadi,
maafkan saya dan saya harap awak tak bencikan saya,
saya sayang awak dan akan terus menyanyangai awak walau pun awak bukan milik saya lagi,
cinta saya tak pernah padam untuk awak...
Awak...
maafkan saya kerana saya bukan yang sempurna,
maafkan saya kerana saya bukan perempuan yang baik,
maafkan saya kerana saya masih sayangkan awak,
maafkan saya wak,
saya tak mampu untuk buang awak terus,
maafkan saya atas segala-galanya wak.....

Andai tak mampu bersama, saya tetap bahagia dengan cinta ini....





No comments:

Post a Comment