Sunday, May 1, 2011

Penting ke Sarap?

Assalamualaikum:)
hai, selamat pagi semua...Hah!selamat pagi??cop cop, aina batrisya wat entry pagi-pagi nie, biar betik wey? haha, kejadahnye aku nak terkejut bagai kan, bila kerajinan untuk membuat entry melanda, maka makin bertambahlah asset kat blog aku nie, tak gitu?hehe. Actualy sebagai pembuka untuk hari nie, ape salahnya if aku tampal dua tiga perenggan dekat blog aku nie kan kowang. Nie korang dah breakfast ke belom nie, kalau belum baik pegi breakfast taw. Sarapan pagi amat perlu bagi sesorang individu untuk kuatkan stamina mental dan fizikal di pagi hari. That's why kalau kowang pegi klinik because of sakit perut  or pening yang terlampau-lampau Doc akan tanya, ada ambil sarapan tak pagi tadi? See kawan-kawan, from there kite dapat taw kalau tak sarap, memang haram la kaw nak stay steady sampai tengah hari, betul tak?

Okey, sarapan nie tak semestinye korang kene mengadap nasi lemak, bihun goreng, roti canai bagai yang memang mengandungi banyak minyak yang tinggi dengan kolestrol tu, kementerian pon dah haramkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah yang berlebihan tu, dorang kata benda alah tu lah penyebab utama kepada masalah obesiti di negara kita nie taw, aku rasa korang pon taw kan, semua  orang tengok berita is'nt? so tak payah lah aku nak bebel pepanjang kat sini.

Back to my point, instead of kite breakfast dengan makanan-makanan berat seperti yang saya nyatakan di atas, ape salahnya kalau kita sarap hanya berbekalkan susu atau nesvita atau roti gardinier satu keping, itu pon dah memadai sahabat-sahabat sekalian. So, nak seribu daya okey, kalau tak nak memang lah banyak dalih-dalih korang create untuk skip breakfast, betul tak? kesihatan sendiri, sendiri mau hengat la wey, nanti sakit, badan sendiri jugak yang merana. Sementara Allah kurniakan akal yang waras untuk berfikir, dan badan yang sihat untuk bertindak kepada perkara-perkara yang berfaedah, maka aku rasa baiklah korang terap langkah berjaga-jaga nie untuk kesihatan yang lebih baik, okeh.. sekian sahaja dari aku.. Dah jom breakfast!!


   ~nyam nyam nyam, nie pon dah cukup kenyang buat perot aku :)~

                                      -my febret-

No comments:

Post a Comment